Apabila kita berdepan dengan masalah-masalah kesihatan seperti masalah 
jerawat di muka, pasti ramai yang lebih dulu mencari petua tradisional 
atau petua semulajadi untuk merawat jerawat berbanding kaedah moden. 
Mungkin kerana ianya lebih dipercayai, murah, dan natural tanpa bahan 
kimia. Tambahan pula, jika kita merujuk kepada orang tua-tua, mereka 
pasti akan memberi petua-petua lama untuk merawat masalah kesihatan muka
 tersebut.
Berikut antara 8 petua tradisional hilangkan jerawat yang boleh dicuba.
1. Daun Sirih.
Ambil sehelai daun sirih dan rendam dalam air panas. Biarkan air 
menyejuk sehingga daun sirih layu. Selepas itu, ambil air tersebut untuk
 membasuh muka. Jangan terus lap muka tapi biarkan air tersebut kering 
sendiri.

2. Air Asam Jawa dan Kunyit Hidup
Campurkan sedikit asam jawa, air dan beberapa inci kunyit hidup yang 
ditumbuk. Apabila campuran sebati, ratakan ke seluruh bahagian muka dan 
biarkan selama 20 minit. Selepas itu basuh dengan air bersih. Jika 
diamalkan selalu, kulit anda akan bebas jerawat dan lebih halus.
3. Air Basuhan Beras
Basuhlah muka anda selalu dengan air basuhan beras. Biarkan kering dan kemudian basuh dengan air bersih.
4. Air Kelapa Tua
Bersihkan muka terlebih dahulu dengan bersih kemudian cuci lagi dengan 
menggunakan air kelapa tua. Sesudah kering, bilas dengan air. Amalkan 
tiga kali seminggu dan anda pasti puas hati dengan hasilnya.

5. Tepung Kanji
Larutkan sedikit tepung kanji dan sapukan di sekeliling jerawat yang 
timbul. Cara ini membolehkan pertumbuhan jerawat akan terhenti tanpa 
meninggalkan kesan bintik hitam di muka.
6. Daun Teh
Ambil daun teh yang masih hijau dan rendam dalam bekas air kemudian 
didihkan. Selepas mendidih, ambillah daun teh tersebut dan lekatkan ke 
bahagian jerawat. Mudah-mudahan, jerawat anda akan hilang dengan cepat.
7. Putih Telur Ayam Kampung
Campurkan putih telur ayam kampung dengan satu sudu tepung jangung dan 
minyak zaitun. Gaul rata kemudian sapu ke seluruh muka. Biarkan kering 
kemudian bilas dengan air suam. Amalkan dua kali seminggu.
8. Kulit Kayu Manis
Ambil sedikit serbuk kayu manis dan campurkan dengan madu. Sebelum masuk
 tidur, tempekkan campuran tersebut ke muka. Hanya bilas pada keesokan 
paginya. Amalkan tiga kali seminggu untuk kesan yang terbaik.
Demikianlah lapan petua hilangkan jerawat yang boleh anda praktikkan 
bagi mengatasi dan mencegah masalah jerawat. Semoga info ini berguna dan
 bermanfaat bagi anda yang sedang menghadapi masalah jerawat..daa
EVERY GIRL DESERVES TO BE PRETTY

 
No comments:
Post a Comment